Hari-hari minggu macam ni aktiviti yang dah lama aku tak buat...... mengemas luar kawasan rumah aku.... terutama kat belakang tu... semak samun.... jadi hari minggu lepas aku & family aku pun mengemas kebun sayur aku yang dah lama ku tinggalkan... Dah tak ada hasil kecuali kacang panjang....itu pun aku tak petik...sebab hasil tidak memuaskan....
My hubby kerat dahan-dahan pokok rambutan yang dah terlalu rendang. Aku pun apa lagi.. ambil pokok2 bunga aku yang aku letak bawah pokok rambutan tu...di buatnya dihempap dengan dahan rambutan nanti habis pokok bunga aku.... my hubby cakap aku lebih sayangkan pokok bunga aku....aku kata memanglah dah lama aku menanam pokok tu sebab tu aku sayang...
Aku kerah anak-anak aku tolong sapu daun-daun rambutan yang dah berlambak2. Apa lagi.... si kembar aku pun dengan pantasnya...menolong..... termasuk kakak2 dia orang sekali.... kecuali si jantan aku seorang tu yang tak habis2 dengan spray basikal buruk kakak dia.....
Itu pun tak habis bersih lagi sebab dah nak maghrib..... so aku cakap dengan budak2 tu minggu depan kita buat lagi.... aku belum kemaskan lagi pokok2 bunga aku.... dan aku nak tanam semula sayur2 aku.... jadi aku kena beli tanah baru sebab yang dah ada tu tanahnya dah keras...kena gemburkan balik baru boleh tanam semula..... so kita tunggu next week...ok............
No comments:
Post a Comment