Em... dah lama rasanya tak update blog ni. Aku memang sibuk sejak kebelakangan ni . Maklumlah akhir dan awal tahun macam2 yang nak buat kan. Lebih2 lagi bila si kembar aku dah nak masuk tahun 1. Tiga2 dah sekolah aku sibuk dengan persiapan sekolah mereka....emmmm penat ,belum dengan kakak dan abangnya. Duit pun macam air keluarnya laju aje. Pantang melangkah keluar rumah ada aje yang nak dibeli. Rasanya baru semalam aku bersalinkan si kembar ni tup..tup dah sekolah anak aku ni...
Masa orentasi di Kantin Sekolah
Ini kelas sekolah Agama (Pagi)
Mereka ni pagi sekolah Agama tiga2 satu kelas, sekolah petang pun satu kelas jugak, duduk dekat2 pulak tu. Semalam aku tanya, cikgu dah tukar tempat duduk dia orang. Bagus juga. Malam tadi first time buat kerja sekolah.. banyak juga, sekolah pagi lagi petang lagi. kesian pun ada. Balik sekolah aje aku suruh pergi mengaji dulu balik 8.40 malam terus buat kerja sekolah, lepas tu baru makan & tidur.
Second day school dah mula penat.
Budak dua orang ni sama aje . muka second day bler aje mengantuk..berbanding dengan yang seorang tu muka dia taklah bler sangat.....
Muka tak ceria.. masam aje.
Aku cakap dengan mereka macam mana letih pun kena pergi sekolah. Memang penat pagi 7.15 aku dah hantar sekolah agama. Pukul 11.00 pg dia orang balik rumah transit tu lepas tu pukul 12.15 dah naik bas pergi sekolah petang pulak.. pukul 7.40 mlm baru sampai rumah, lepas tu pergi mengaji pulak pukul 8.30 mlm baru balik. memang penat... Tapi menuntut ilmu kena tabah juga.
Yang tabah adalah aku sebabnya yuran sekolah Agama mereka ya Allah mahal mengalahkan masuk uitm. Nak buat macam mana hayun jugaklah.......
No comments:
Post a Comment