Lama rasanya tak update blog ni. Aku semakin sibuk sekarang ni,, dengan kerja di pejabat, kerja di rumah, mana lagi nak jadi 'Cikgu' kepada si kembar lagi, itu yang tak sempat nak update tu..Sejak si kembar masuk sekolah darjah satu ni memang banyk kerja sekolah... bila balik sekolah aje aku tanya ..
"Ada kerja sekolah tak??? " ada yang jawab..
"ada"....ada yang jawab
"tak dee..."
Aku pun tanya... "Macam mana ni sorang ada sorang tak deee ni? Kan satu kelas?
Aleeya jawab "Dia orang tu asyik borak2 aje manin2"
Aku pun apa lagi ..."Kenapa main dalam kelas??"
Masing2 menyalah orang itu orang ni... aku cakap dah2 cepat mandi pegi mengaji balik nanti boleh buat kerja sekolah....Kesian jugak tengok dia orang mana nak buat kerja sekolah pagi ...sekolah petang lagi... tapi HOMEWORK tetap HOMEWORK. budak2 ni kalau tak ditunggu buat kerja sekolah memang tak siap..
Cikgu bagi kerja color2 aje tapi esok kena hantar... Aku cakap siapa tak dapat "A" aku tak nak bagi duit belanja sekolah. Itu yang beriya-iya menghabiskannya....
Sempat juga dia menyengeh.
Aku cakap cepat buat kerja sekolah lepas ni kena baca buku pulak. Asyik nak color aje nanti tak tahu membaca.. Aku mesti ajar dia orang ni... siapa yang tak nak anaknya pandaikan...tapi kena usah lebih... banyak pelaburan yang telah aku laburkan... lagi2 untuk si kembar ni, Makanya aku nak jugaklah hasil yang membanggakan walaupun aku belum tahu tahap pencapaian dia orang ni, dalam bertiga ni... Adeera menunjukkan kebetahaannya berbanding Aleeya dan Asheela. Asheela yang paling lembap... susah sangat nak menyebut perkataan... macam gagap pulak... tapi kalau bercakap bukan main lagi.. Aleeya pulak pantang di tanya ,.... kalau tak tahu nak menangis... geram aku.. Memang betul kata kawan aku memerlukan ketabahan tahap gaban bila mengajar dia orang ni.... Setiap ahad aku hantar ke rumah sepupu aku belajar English.... nanti kalau tahu baca bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris tak tahu pulak... sekarang ni Math & Scie. semua ini English...
Itu rutin aku setiap sabtu & ahad.. Jadual kerja yang amat padat bila di rumah..
No comments:
Post a Comment