Haa...haa... macam selebriti pulak mak dia ni... tak dapat bergambar dengan aku pun nak merajuk. Itulah yang dinamakan budak-budak.. Kalau orang tua berperangai macam budak ini.. makanya memang tak tahu malulah namanya.. Kisah Asheela masa di A Famosa... dia merajuk dengan aku sebab tak dapat bergambar dengan aku....aku tak perasan pulak yang baba dia ambik gambar dia merajuk. Kakak dia siap berlari-lari memujuk dia....
Arisya cuba memujuk Asheela dah macam filem hindustan lah pulak...
Sebiji macam filem hindustan...
Malas nak layan dia, lama-lama kakak dia pun give-up..si kembar dua lagi cakap "alah tak payah layan si Sheela tu cepat mama kita ambik gambar" dia pun apa lagi menangis tersedu sedan.. 5 minit tunggu tak mahu juga so aku dengan yang lain aje yang bergambar...
At last aku bertiga dengan kembar yang lagi 2 orang tu.
Bila kami tengok gambar ni memang tergelak teringatkan si Asheela punya perangai.. Kakak dia suka ejek dia anak mami... apa lagi melalak lah budak tu. Itulah dinamakan kenangan manis....kembar2.....memang macam-macam ragam.
No comments:
Post a Comment