Haaa..Haaa.. macamlah tak pernah pergi Putrajaya. Memang membosankan. Tapi mengenangkan adik ipar aku datang (2 minggu lepas) pergi juga lah. Sebenarnya tak tahu nak bawa dia pergi mana. Dah pernah datang sini tapi saja bawa dia ke putrajaya. Walau pun masa tu hujan...renyai2., kekadang mendung dan jiran sebelah rumah aku tengah sibuk buat kenduri kahwin adik dia kami sekeluarga pergi jalan2 makan angin...sungguh tak senonoh. Tetamu pun kena layan jugak kan.... Adik ipar aku sebenarnya dah lama tak datang rumah aku, jadi bila diorang datang teramatlah seronoknya ...terutama anak-anak aku... tengahari tu dia orang sampai pukul 3.30 petang dah sibuk nak berjalan, di bawanya anak2 aku semua...tinggallah aku keseorangan di rumah...
Yang pakai tudung purple tu anak buah aku(yang kecik)
Di kawasan masjid Putrajaya
Padan muka anak dara 2 orang yang pakai jubah pink tu, pakai lagi baju pendek2 haa. tak boleh masuk kawasan masjid pakai pakaian macam tu... itu yang kena pakai jubah tu......
Si kembar main di play ground
Ini kembar tak seiras dan tak sebaya
Malam tu macam hari raya pulak siap main bunga api lagi... anak akulah si Shauqee lebihan bunga api hari raya hari tu... macam nak pecah dibuatnya rumah aku....
Si kembar Tengah main bunga api
Dan akhirnya anak aku Anees ikut mak cik dia balik ke Temerloh... Tinggallah 5 orang aje kat rumah. Si kembar & Shauqee monyok aje bila kakak dia dah pergi. si kembar beriya-iya menangis nak ikut... dia ingat dekat Temerloh tu... aku ingat kembar aje yang menangis rupa-rupanya anak buah aku yang lelaki tu pun menangis jugak (mak dia message... menangis sakan sampai rumah sebab tak puas main dengan Shauqee).Haru di buatnya. Tapi tak apa. nanti 15Disember ni kami sekeluarga akan jumpa di kampung sebab mak mertua ku balik dari Mekah....so kenalah balik kampung kan.....
No comments:
Post a Comment