Hemmm.. cuti sekolah dah seminggu bermula maka bermulalah mengemaskan buku2 sekolah yang tak pakai... aku dah suruh anak aku yang sulung Arisya bersihkan buku2 kembar yang bertaburan di dalam bilik mereka. Aku dah ikat semua buku tadika dia.. Tapi yang geramnya boleh ada lagi yang di simpan rupanya...dalam beg sekolah dia orang, padahal aku dah check semua beg sekolah dia tapi ada juga yang tercicir...patutlah bila aku balik rumah aje ada saja buku2 yang bertabur kat ruang TV tu.....hee geram aku.... Bila suruh kemas buat selamba aje.....
Tak apalah... tapi semalam aku sedih bila aku pergi jengok anak aku yang lelaki tu Shauqee siapa lagi kan... dialah satu2 nya anak jantan aku kan...tengok dia kat TAHFIZ tempat aku hantar dia pada musim cuti sekolah ni... sebulan tapi weekend balik rumah. Semalam aku ambik baju kotor dia sebab dah janji setiap hari Rabu aku ambil baju kotor, lepas dia letak dalam kereta dia bisik2 dengan aku dia kata dia lapar.... dia ajak aku pergi kedai beli roti dengan biskut. Sedih pulak aku ... aku pun bawak dia belikan dia 5 jenis biskut,roti dengan air susu (strawberi) Kebetulan sepupu aku Intan ada sama dia pulak bagi duit kat anak aku. Aku cakap dengan dia duit tu simpan biskut tu biar aku yang bayar..... itulah kasih ibu........ anak aku tengah kuat makan jadi perut tu sentiasa lapar.... kat TAHFIZ makan ikut time.... jadi kudapan tak ada...makanya lapar semedanglah.....
Ini gambar tahun lepas
Anak aku si Sheela pula malam tadi cakap dengan aku dia rindu kat Shauqee dengan kak Ngah (anees) dia boleh cakap dah lama tak tengok muka Anees... bila kak Ngah nak balik? Aku cakap dengan Sheela lagi 2 minggu kita jumpa anees kat kampung.... dia terus diam ... kesian pulak aku tengok dia...
Shauqee & Asheela
Anees
Aleeya & Asheela
Adeera
Anak aku Arisya pulak aku hantar kelas Fardhu Ain, ala kat masjid rumah aku tu.oklah pada tak buat apa kat rumahkan... Asyik tengok TV dengan berinternet lepas baik menambah ilmu.... mula2 memang tak nak pergi bila suruh pergi muka monyok2 lagi. Aku cakap baba dah bayar baik pergi kalau tak baba dia nak kerat semua wayar TV dengan internet. .. Itu yang nak pergi tu... Kelas jam 9.00 pagi sampai lepas waktu Zohor . Jadi oklah tu kan....
Arisya
Semua ada aktiviti..... yang tak ada aktiviti si kembar... aktiviti dia orang buat sepah.....
No comments:
Post a Comment