Semalam aku cakap dengan dia orang.... esok mama nak bawa kembar pergi cabut gigi.. masing2 muka masam ada yang cakap tak mahu...tak mahu.... ada yang dah meleleh air mata.... ada tu siap masuk bilik menyorok belakang langsir.....Lepas tu aku cakap siapa yang tak mahu cabut gigi mama tak mahu bawak pergi Melaka.... sebab this weekend kita orang Z16 (my ofis mate nak pergi makan angin).. dengar kata nak berjalan terus masing2 nak pergi cabut gigi ...tapi yang di sebalik langsir tu tak keluar2 lagi... tak menangis tapi keras hati tak nak keluar.....
Jadi this morning bila bangun tidur Adeera sahaja yang tak mahu bangun dan buat2 tidur... yang lain dah bangun... Aku buat bodoh aje.... lama2 bila baba dia pujuk baru dia nak mandi.... Bila sampai kat Pusat Kesihatan aje.... masing pegang kain aku... belum daftar lagi dah buat muka......tarik2 kain geram aku...
Inilah muka2 sedih
Senyuman dalam paksaan
Lama juga kami menunggu sebab aku sampai jam 8.00 pagi... daftar 15 minit selepas itu...8.45 pg baru nombor dipanggil nasib baik kami orang pertama, kedua & ketiga......
Akhirnya.....
Ini Aleeya...belum buat apa-apa dah melolong-lolong.....
Ini aje yang dapat snap gambar si kembar, lagi 2 orang tak dapat snap sebab kena pegang dia orang.... masing2 meronta-ronta.... macam apa aje....padahal sikit aje....
No comments:
Post a Comment