ShoutMix chat widget

Tuesday, January 26, 2010

TIARA BEACH RESORT-PD

Tak habis-habis dengan family day nya.  Vacation memanjang.... hari tu baru lepas pergi A Famosa... and then Proton Family Day.  Lepas 2 minggu ada lagi family day.  Itu pun sebab dapat menang saguhati aje.  Ikut kan memang kita orang tak dapat pergi... tapi disebabkan my hubby  group dia ada yang tak mahu pergi dengan bermacam-macam rancangan masing2. maka kami 3 family ni bernasib baik aje...sebab dapat ikut my hubby pergi bercuti.  Anak2 aku apa lagi.... memang seronok giler.... mandi swiming pool kan apa lagi.... memang pantang nampak air  nak terjun aje.   Sampai2 aje dah mandi...belum angkat barang lagi... geram aku....



















Malam I and Hubby ada dinner..



Ini dekat PD tepi pantai... kita orang tak mandi pun... dah nak balik lagi pun baru aje lepas mandi kolam.. after breakfeast anak2 aku termasuk aku jugaklah terjun lagi ...sebelum check out... so bila sampai dekat sini mood nak mandi dah menurun sikit sebab air masin.... lagi pun si Asheela takut... ada ketam gigit katanya... macam2.



ADA ORANG MERAJUK

Haa...haa... macam selebriti pulak mak dia ni... tak dapat bergambar dengan aku pun nak merajuk.  Itulah yang dinamakan budak-budak..  Kalau orang tua berperangai macam budak ini..  makanya memang tak tahu malulah namanya..  Kisah Asheela masa di A Famosa... dia merajuk dengan aku sebab tak dapat bergambar dengan aku....aku tak perasan pulak yang baba dia ambik gambar dia merajuk.  Kakak dia siap berlari-lari memujuk dia....


Arisya cuba memujuk Asheela  dah macam filem hindustan lah pulak...



Sebiji macam filem hindustan...

Malas nak layan dia, lama-lama kakak dia pun give-up..si kembar dua lagi cakap "alah tak payah layan si Sheela tu  cepat mama kita ambik gambar"  dia pun apa lagi menangis tersedu sedan.. 5 minit tunggu tak mahu juga so aku dengan yang lain aje  yang bergambar...



At last aku bertiga dengan kembar yang lagi 2 orang tu.

Bila kami tengok gambar ni memang tergelak teringatkan si  Asheela  punya perangai.. Kakak dia suka ejek dia anak mami... apa lagi melalak lah budak tu.  Itulah dinamakan kenangan manis....kembar2.....memang macam-macam ragam.


Monday, January 18, 2010

HOMEWORK

Lama rasanya tak update blog ni.  Aku semakin sibuk sekarang ni,, dengan kerja di pejabat, kerja di rumah, mana lagi nak jadi 'Cikgu' kepada si kembar lagi, itu yang tak sempat nak update tu..Sejak si kembar masuk sekolah darjah satu ni memang banyk kerja sekolah... bila balik sekolah aje aku tanya ..

"Ada kerja sekolah tak??? " ada yang jawab..

 "ada"....ada yang jawab

"tak dee..." 

Aku pun tanya... "Macam mana ni sorang ada sorang tak deee ni? Kan satu kelas? 

Aleeya jawab "Dia orang tu asyik borak2 aje manin2"

Aku pun apa lagi  ..."Kenapa main dalam kelas??"

Masing2 menyalah orang itu orang ni... aku cakap dah2 cepat mandi pegi mengaji balik nanti boleh buat kerja sekolah....Kesian jugak tengok dia orang mana nak buat kerja sekolah pagi ...sekolah petang lagi... tapi HOMEWORK tetap HOMEWORK.  budak2 ni kalau tak ditunggu buat kerja sekolah memang tak siap..


Cikgu bagi kerja color2 aje tapi esok kena hantar... Aku cakap siapa tak dapat "A" aku tak nak bagi duit belanja sekolah.  Itu yang beriya-iya  menghabiskannya....



Sempat juga dia menyengeh.

Aku cakap cepat buat kerja sekolah lepas ni kena baca buku pulak.  Asyik nak color aje nanti tak tahu membaca.. Aku mesti ajar dia orang ni... siapa yang tak nak anaknya pandaikan...tapi kena usah lebih... banyak pelaburan yang telah aku laburkan... lagi2 untuk si  kembar ni,  Makanya aku nak jugaklah hasil yang membanggakan  walaupun  aku belum tahu tahap pencapaian dia orang ni,  dalam bertiga ni... Adeera menunjukkan kebetahaannya berbanding Aleeya dan Asheela.  Asheela yang paling lembap... susah sangat nak menyebut perkataan... macam gagap  pulak... tapi kalau bercakap bukan main lagi.. Aleeya pulak pantang di tanya ,.... kalau tak tahu nak menangis... geram aku.. Memang betul kata kawan aku memerlukan ketabahan tahap gaban bila mengajar dia orang ni.... Setiap ahad aku hantar ke rumah sepupu aku belajar English.... nanti kalau tahu baca bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris tak tahu pulak... sekarang ni Math & Scie. semua ini English... 

Itu rutin aku setiap sabtu & ahad.. Jadual kerja yang amat padat bila di rumah..

Tuesday, January 12, 2010

FEEDBACK DARI ENTRIE SEMALAM

Semalam aku balik rumah, tengok hubby aku tengah layan internet... Dia sibuk buka blog 'paultan'. sebuah blog mengenai segala jenis kereta di dunia.  Aku kurang arif tentang blog kereta2 ni.  Dia baca komen2 bloger yang mengkomen Family Day Proton.  Makkkkkk... ai kepala bana punya komen.  Pedas2 belaka .  Bila aku baca ada yang mengkritik positif dan negatif. Kebanyakan kiritik ini English... so aku ni broken English faham memang faham tapi nak translet susah sikit. 

Tetapi bagi aku itulah  'orang Melayu' memang suka mengkritik orang lain punya kerja kan...kalau bab menjatuhkan memang suka sangat.  Memang adat pertandingan ada kalah ada menang.  Begitu juga dengan kita kalau di suruh merekacipta sesuatu benda dengan kreatif belum tentu kita boleh buat.  Tapi ada juga orang yang suka mengangkat diri sendirikan  kalau buat apa2 dia saja yang kreatif.  Itu terletak pada kreatifviti sendiri.  Cakap memang senang tapi bila nak buat belum tentu kita  boleh buat. 

Apa2 pun aku cakap dengan hubby aku "biasa ...  orang kitakan suka mengkomen, bila suruh buat semua tak tahu pandai cakap aje"  Dia orang semua tak tahu betapa susahnya nak jadikan kereta dengan tangan sendiri bukan macam dalam kilang semuanya pakai mesin....  Tapi yang menang semua dari depart R&D and other... aku pun tak tahu sangat...oklah  malas nak cerita nanti aku pulak yang lebih2  dari laki aku.....

Ini gambar yang tak dapat aku ambil hari tu sebab ramai sangat orang..Lagi pun aku tak bawa kamera pakai kamera handphone aje... So untuk mendapat hasil yang baik mestilah peralatannya canggihkan... so aku cilok gambar ni dari Paultan punya blog...









Diperbuat dari Lalang





Ini aku pun suka... Asal kereta savy


Space 2020






Aku suka kereta ni Cicakman


First prize




Third prize


Second prize


Monday, January 11, 2010

FAMILY DAY PROTON

Sabtu 9 Jan 2010.... hari yang ditunggu-tunggu oleh hubby ku.  Yesssss. family day proton muncul lagi.  Setiap 2 tahun sekali mesti ada family day.. tapi kalau dulu2 setiap tahun ada tapi semenjak kegawatan ekonomi ni sudah berubah planing proton.. My hubby beriya2 benar hendak menang dalam contest rekacipta kereta dia... dulu dalam face book aku ada tunjuk gambar2 merekacipta kereta dan dapat hadiah lumayan kalau menang kan.... jadi inilah hari yang ditunggu2.... So kita layan ajelah...malas nak cerita panjang.


Ini group my hubby "SPACE 2020"






DLM KERETA PAKAI TOPI TU MY HUBBY



Pintu bila buka naik ke atas.....masa nilah mendapat tepukan yg gemuruh dari warga proton.  Kali ini Tun Mahathir and wife ada sekali celebrate sama2 and dia so happy bila tengok kereta ni, siap masuk dalam lagi tengok2 keadaan di dalamnya.



Tapi ... apakan daya group my hubby dapat tempat ke-7 dari 20 biji kereta yang dipertandingkan.  Dapatlah Rm3200.00 aje.   Adalah juga pada tak dapat, walaupun bekerja keras berbulan2 lamanya.,dan dua tiga hari sebelum itu my hubby balik sampai pukul 12.00 mlm nak siapkan kereta dia. 

Ada banyak lagi kereta yang aku tak dapat nak snap gambarnya, sebabnya lautan manusia yang membanjiri proton.  Bila snap aje ada gambar orang lain... nampak buntut oranglah,kepala oranglah..benci aku lama2 aku cakap dengan my hubby ambik gambar kereta dia aje.  Tapi ada sebiji dua yang sempat aku ambil jugak...





Nak capture pun tak berapa cantik sebab bertolak2.



Akhir ambil gambar kembar aje...





Budak2 ni sibuk nak main play ground yang ada kat situ...aku tinggalkan aje..


Sibuk nak main benda allah ni,.... aku tak suka sebab yang kena tanggalkan sticker tu aku dan baba dia.

At last aku ajak my hubby balik sebab dah pukul 4.00 petang badan pun dah penat, hujan pun dan nak turun.  Aku pun nak tengok anak aku yang sorang tu yang tak mahu ikut ' ANEES'  sebab sibuk nak pergi sekolah ada ko-kurikulum.. Kakak dia buat bodoh aje tak mahu pegi.  Ikut aku sekali family day...tapi duduk aje tak mahu bangun2....tengok macam2 persembahan dari Mila, Nabil Ramli Sarip and macam2 lagi termasuklah Upin & Ipin.....

Banyak cabutan bertuah lebih 100 kot.... lucky draw ,nombor my hubby sikit lagi nak kena...tapi tak kena pun.. tapi yang best tu ada 4 biji kereta proton untuk dicabut sebagai luck draw.... Pesona (kereta idaman ku) sebiji dan  lagi 3 is proton SAGA... mungkin tak ada rezeki kot... rezeki ku di lain waktu......Insyaallah...







Thursday, January 7, 2010

MALAM TAHUN BARU

Malam tahun baru hari tu aku  pergi rumah arwah atuk sebelah bapa di Sg Way PJ. ada kenduri arwah..baca yasin & tahlil, memandangkan anak atuk aku tak ramai cuma 3 orang aje, itupun bapa & mak ngah  aku dah meninggal  yang tinggal cuma pak long aku aje makanya tak ramai cucu cicit yang datang walaupun bila dikumpulkan ramai. Aku adik beradik yang dtg 3 orang anak arwah mak ngah 2 orang aje yg datang yang lagi 7 orang tak datang. Anak pak long pun macam tu juga 4 orang aje lagi 2 tak datang.  yang tinggal cuma ini je...


Ini sepupu aku


Masa tahlil



Ini kakak aku dengan anak2 dia Sebelah tu sepupu aku.



anak2 aku menjamu selera

Malam lepas kenduri aku pun balik, jem giler kat sg way. accident ke apa ke aku pun tak tahu. Yang aku tahu masa balik jam 12..00 tgh dapatlah  aku dan anak2 tengok bunga api. di Shah Alam.  Itu pun aku tengok dari atas jambatan aje.




Aku ingat sikit aje rupa2nya merata dia orang pasang bunga api kiri kanan dekat setengah jam jugaklah.  Pukul 12.40 baru aku sampai rumah.  Tak payah susah2 pergi dataran meredeka nak tengok bunga api.  Anak aku yang 2 orang lagi tu  tak ikut, dia orang tengok bunga api kat TV aje....


KEMBAR MASUK TAHUN SATU

Em... dah lama rasanya tak update blog ni. Aku memang sibuk sejak kebelakangan ni . Maklumlah akhir dan awal tahun macam2 yang nak buat kan. Lebih2 lagi bila si kembar aku dah nak masuk tahun 1. Tiga2 dah sekolah aku sibuk dengan persiapan sekolah mereka....emmmm penat ,belum dengan kakak dan abangnya. Duit pun macam air keluarnya laju aje.  Pantang melangkah keluar rumah ada aje yang nak dibeli.   Rasanya baru semalam aku bersalinkan si kembar ni tup..tup dah sekolah anak aku ni...



Masa orentasi di Kantin Sekolah



Ini  kelas sekolah Agama (Pagi)

Mereka ni pagi sekolah Agama tiga2 satu kelas, sekolah petang pun satu kelas jugak, duduk dekat2 pulak tu.  Semalam aku tanya, cikgu dah tukar tempat duduk dia orang.  Bagus juga.  Malam tadi first time buat kerja sekolah.. banyak juga, sekolah pagi lagi petang lagi.  kesian pun ada.  Balik sekolah aje aku suruh pergi mengaji dulu balik 8.40 malam terus buat kerja sekolah, lepas tu baru makan & tidur.


Second day school dah mula penat.

Budak dua orang ni sama aje . muka second day bler aje mengantuk..berbanding dengan yang seorang tu muka dia taklah bler sangat.....



Muka tak ceria.. masam aje.

 Aku cakap dengan mereka macam mana letih pun kena pergi sekolah.  Memang penat pagi 7.15 aku dah hantar sekolah agama. Pukul 11.00 pg dia orang balik rumah transit tu lepas tu pukul 12.15 dah naik bas pergi sekolah petang pulak.. pukul 7.40 mlm baru sampai rumah, lepas tu pergi mengaji pulak pukul 8.30 mlm baru balik.  memang penat... Tapi menuntut ilmu kena tabah juga.

Yang tabah adalah aku sebabnya yuran sekolah Agama mereka ya Allah mahal mengalahkan  masuk uitm.  Nak buat macam mana hayun jugaklah.......