ShoutMix chat widget

Monday, November 30, 2009

SALAM AIDIL ADHA

Salam aidil adha buat family ku. ... Tahun ni mak mertua dan ayah mertua ku pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5.  Alhamdulillah.... mereka pergi kali ke 3.. Jadi tahun ni tak balik kg.  Tapi  tahun lepas kami tak balik pun. Sebabnya renewet rumah jadi.. bajet tak de.. Tahun ni pun tak balik adik ipar aku yang kat Penang pun pergi rumah kakak dia di Temerloh jadinya kami one family lepak kat rumah.  Lepas sembahyang Raya my hubby pergi tolong potong lembut kat padang rumah  kami.  Aktiviti aku tahun tak banyak just panggil makcik2 aku datang rumah makan steambot.  Aku belajar dari Hidayah my friend.... terima kasih Dayah... ajar akak... semua cakap sedap...



Ini my cousin

Tak lah ramai yang datang tapi anak2 makcik aku aje.. Itu pun suku aje... yang lain tak datang pun(sebab aku tak jemput).  Yang datang ni,  sebab mereka ni datang rumah mak dia orang jadi akau jemput sekali.



Shasha & Erin

Ini anak sepupu aku... comel kan macam anak cina pun ada... yang kecik tu cakap macam orang siam...mak & bapa dia putih jadi anak2 pun putih2 belaka.....



Takut2 aje budak berdua ni bila aku nak snap gambar... takut dengan aku kot sebab aku ni garang... kot,,

At the end... raya haji tahun ni pecah rekod sebab tak buat ketupat dan rendang... kalau tidak menu tu tak pernah miss kan... Any way steambot aku laku sampai malam.  Sebelah malam kakak aku datang jugak itu pun aku paksa dia datang sebab fishball masih banyak.... adik aku (Mak Su Hajar) tak dapat datang sebab masih di rumah mentua di Nilai.

Wednesday, November 25, 2009

KHIDMAT 10 & 20 TAHUN

13 Nov. 2009 My hubby  (& wife)ada  dinner khidmat 20 tahun di  SACC CONVENTION CENTER ,SHAH ALAM  aje.. tempat kerja dia PROTON yang anjurkan.   Untungnya dia orang dapat anugerah 20 tahun perkhidmatan.  Kita kat sini 25 tahun service baru dapat sijil.  20  tahun dok diam aje.


Dia orang dapat makan malam, sijil dan RM1000.00 .  Best lah jugak pada kita yg tak dapat apa walaupun dah 20 tahun berkhidmat.  Yang 10 tahun pun diraikan juga tapi RM tu tak pasti berapa... Ada juga cabutan no. bertuah... banyak juga hadiahnya...tapi yang paling best 5 hadiah utama..TV LCD,Kamera Digital, Handpone Nokia, dll. tak ingat. Ok lah pada tak dapat langsung.  Tapi My hubby tak dapat pun hadiah bertuah..mungkin malam tu tak ada tuah kot.  Tapi tetap bersyukur  dapat duitkan...  Yang paling best big bos PROTON bagus... bila org yang diraikan hendak balik siap lalu kat red carpet lagi  salam setiap orang. And say  'Tahniah'.  Adakah big bos kita akan buat begitu?  Entahlah aku tak pernah dapat apa anugerah so aku tak tahu...  

Any way TAHNIAH UNTUK MY HUBBY.



 

Thursday, November 19, 2009

CABUT GIGI

Asheela
Hahaha... akulah jadi doktor giginya. Malam tadi anak aku si kembar (Asheela)mengadu gigi dah goyang, sekali tengok di belakang gigi yang goyang tu dah tumbuh gigi lain. Makanya makcik pun bertindaklah jadi doktor gigi. apa lagi melalaklah si sheela. Aku cakap jangan nagis tak sakit pun.. Sebenarnya taklah sakit sangat sebab gigi susunya dah goyang banyak. Aku pakai tuala aje cabut gigi dia. Si kembar yang lain dah meleleh air mata tengok si sheela ni melalak. Itulah yang dinamakan kembar.. Dua minggu sudah akau cabut gigi Aleeya , Asheela beriya-iya melalak tak bagi aku cabut gigi Aleeya. Sebabnya Aleeya ni cewek.. sikit2 menangis jadinya bila kena cabut gigi meraung macam mati laki... Tapi... si Adeera siap cakap jgn nagis sikit aje.... geli hati pun ada... Itulah anak aku.... Next person yang nak kena cabut gigi dengan doktor gigi (mama dia lah kan) Shauqee... heeheee. yang ni siap ada gigi hitam lagi.... tahulah aku macam mana nak kerjakannya...

SELAMAT HARIJADI BOS


Selamat Harijadi Bos (Ini bos Kecik Aku) Yalah akukan kerani dia kategori B jadi bos akulah kan...
Semalam harijadi dia. yang ke.... nanti marah pulak kalau dibagi tahu umurnya.
Semalam ada kawan2 aku yang belikan dia kek kecil secret Recipe Lagi. Clereb. utk dialah konon. Kita org tak bagi hadiah tak tahulah kalau ada awek2 dia yg bagi kan!!.
Tapi dia dapat hadiah sedih dari big bos aku. Malas nak cerita benci pun ada.. bila dengar cerita macam ni. Biasalah boskan... boleh buat apa yg dia suka. Tak menghargai apa yg kami buat.... so kita tunggu ajelah ke mana bos kecik aku ni nak di hantar. Tapi aku fire stone dia jgn tulis surat mintak transfer....

Monday, November 16, 2009

TV LCD



Tv...tv.. begitulah kehidupan ini.. cepat sangat berubah dan bertambah moden... Sekarang ni my hubby tengah dok servey2 TV LCD (plasma.... Bravia.. ) aku pun tak tahu nak sebut.... ada hati nak beli katanya.... tapi bila ditengok harganya... mak aiiii terkejut. sampai Rm10k pun ada, paling murah pun RM1500++ itu pun kalau ada offer... Tak sanggup aku... Lepas tu nak beli home thearter sekali... eiii tak de le mak cik... aku dapat LCD 32 pun jadilah itu pun semalam gi kat JBT klang dan Cafefour Subang Jaya harganya RM1,500++. nantilah kalau akau dapat duit terpijak kot. Tapi kalau hubby aku nak beli segala2 mende di atas tu belilah.... janji kepala agongnya ada...jangan mintak duit aku sudah... hee heee.

Friday, November 13, 2009

KONVOKESYEN









Inilah kembar 3 aku.... dah besar dah... Dah habis sekolah tadika end nov. ni. Asheela excited nak pegi sekolah tahun depan tiap2 hari tanya bila nak pegi sekolah baru...Pejam celik pejam celik dah besar... Ini ambik gambar dulu, konvokesyen tak tahu lagi... mungkin end of school kot... Tapi aku suka hantar sekolah tadika ni... anak aku dah pandai baca/hafal macam 2 doa.... event hadis pun dia boleh halaf siap dengan maknanya sekali.... Dulu masa aku sekolah tingkatan 1 baru belajar hadis..... itu pun subjek agama.





Thursday, November 12, 2009

CAMERON HINGLANDS



Bila ye nak gi lagi.. aku dah pegi 3 kali tapi rasanya nak pegi lagi... tempat macam ni best,sejuk,sihat untuk mata sebab pemandangannya hijau. Last aku pegi masa kembar 1 tahun masa tu dia orang kecil lagi baru nak pandai jalan... tu yang bawak dia orang pakai stroller.



Tahun ni nak gi jugak rasanya.. Itu pun kalau hubby aku nak lah..keadaan bukan boleh di jangka.. mula2 aje boleh bila tiba masanya tak mahu pulak. Disember ni kot. lepas balik kg kat Parit Buntar on the way balik sini (Klang) boleh singgah kan...


Wednesday, November 11, 2009

RAYUAN SEKOLAH PUN ONLINE


Nak tukar sekolah pun kena online..... begitulah kehidupan zaman sekarang ni. Anak aku tahun depan masuk Tingkatan 1 dah.. Dah besar panjang.... tapi perangai masih macam kanak2 raibena. Masa isi borang tu aku isi satu nama sekolah aje, sekolah kak dia... tapi bila dapat keputusan dapat sekolah depan sekolah dia (SMK Kg. Jawa) bukan sekolah kakak dia. Pening aku nak menguruskan banyak sekolah.
Aku pegi sekolah pagi tadi jumpa Guru Besar dia. kena online rayuan katanya.... hantar borang 3 salinan lagi... lepas pihak sekolah akan online kan.. dah macam nak masuk UiTM pulak dah, kena online bagai... itulah zaman IT sekarang ni...
Itu pun Cikgu tu siap tanya aku lagi kerja kat mana... kalau anak Guru senang nak dapat tukar katanya. Kalau macam tu anak cikgu aje lah dapat sekolah terbaik .... Aku bukan nak pilih sekolah mana yang baik, tapi bila bab nak uruskan anak sekolah akulah yang lebih dari baba dia orang. My hubby kata janji sekolah. Semua sekolah semuanya sama. Memang semua sekolah sama tapi hal2 sekolah dia tak nak ambik pusing pun. Jadi makanya mak cik lah yang bertungkus lumus mengusahakanya. Tak kan aku nak pegi 3 buah sekolah nak uruskan anak2 walhal boleh pegi 2 sekolah satu menengah satu rendah. Dah lah tahun depan si kembar (3) tu sekolah pagi petang . Pening aku.
Apa2 pun aku dah buat surat rayuan esok anak aku hantar. Kita tunggu ajelah keputusannya pertengahan Dis.09 ni. Harap2 berjayalah...

Tuesday, November 10, 2009

BELAJAR BUAT BLOG

Hari ni boss lama dtg... aku belajar buat blog dengan dia. Ada kawan kat sini pun tak nak ajar aku kan... jadi dia dtg sini aku belasah dia ajar aku buat blog....nanti aku sambung lagi yer...