ShoutMix chat widget

Thursday, November 25, 2010

TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR- KEDAH/PULAU PINANG


 Si kembar ni tak habis2 nak mandi air terjun... jadi masa balik kg hari raya haji hari  tu my hubby bawa dia orang ke tempat ni.....yang 3 lagi anak2 aku tak mahu ikut...boring katnya asyik pergi mandi air terjun ajer....


 Kami pun sebenarnya tak pernah pergi tempat ni.... entah macam mana boleh terjumpa pulak tempat ni...tujuan sebenar bukan tempat ini.........


 Tempatnya oklah untuk budak2.. air datangnya dari air gunung -sungai tempatnya aje diubahsuai macam kolam renang...tapi aku tak ada keinginan nak mandi langsung.....walaupun si kembar beriya2 benar nak mandi.


 Ini rest house dia kot .... kalau ada yang teringin nak menginap ker atau bermalam di sini...tak tahu berapa kos dia semalam....



 Tengok ajelah yer...tak mandi pun....


 Di pintu hadapan Taman Reakrasi


 Ini Surau dia cantik tu....


Kita orang keluar dari Taman ni pergi cari air terjun lain pulak.....tempat ni tak best bagi aku...

ULU YAM, SUNGAI TUA , SELANGOR DARUL EHSAN

 Bersama anak aku Anees

 Si kembar memang  suka main air

 Anak dengan bapak tengah cari batu sungai nak letak dalam akarium kat rumah


 Pantang aku nak bergambar ada aje yang menyelit.....

 Kesejukan ....yg berdiri tu dah biru2 bibirnya....


Memang suka sangat berendam dalam air ni.....

Our family pergi masa cuti Deepavali.... orang ramai... jugak...nak cari tempat ni sesat barat...salah jalan maklumlah tak pernah pergi... telefon kawan2 sampai 2-3 orang nak minta petunjuk.... akhirnya tanya kat adik di petrol pam Petronas....dah jumpa.... dah mandi2 2 jam ajer ...sebab tak tahan airnya teramatlah sejuk... ikut hati aku tak nak balik lagi tapi cuaca macam nak hujan ajer..... si kembar memang tak nak balik...si kakak sibuk ajak balik tak tahan sejuk..... Jadi aku janji dengan si kembar nanti kita datang lagi....
so pergi sekejap ajer.....jadilah....

Monday, November 8, 2010

MY BIG BOSS DAH BERSARA

Akhirnya my big boss  dah bersara... Selamat Bersara Boss. TUAN HAJI MARUAN.   Walaupun aku rasa dia tak boleh terima yang dia akan bersara akhirnya..  Kami warga jajahannya zon 16,zon 3 dan zon 23 nak buat farewell untuk dia tapi dia tak mahu dan cakap tak akan datang kalau kita orang buat jamuan untuk dia.  Mula2 bagus jugakkan tapi difikir2 kan balik kesian pulak... Jadi kami semua buat keputusan  buat jugalah, datang tak datang dia punya pasal janji kami dah raikan dia walaupun tanpa dia.... Akhirnya dia  memang tak datang pun..sampai akhir majlis.....

Kami buat keputusan jemput bekas2 warga zon 16 datang untuk raikan kami sahaja sebab makan banyak nanti siapa pulak yg nak makan banyak2 tu...itu pun ada juga yang tak datang..

Menu Kali ini nasi impit kuah kacang by me...nasi beriyani,

tripfel,air longan with gula melaka,sandwich

Bekas zon 16, kak lela and Hayazi

Fazilah, Fatimah & Kak Lela semuanya telah meninggalkan zon 16 kecuali aku...bila yer nak tukar department ni dah 7 tahun kat sini

Las menu ayam KFC and rojak buah....

Monday, October 25, 2010

KAWAN SEKOLAH

Ini bukan kawan aku tapi kawan my hubby.  Hari raya tahun ni sibuk mencari kawan2 sekolah dia kat Parit Buntar, kat kampung aje pun...sampai aku tak larat nak ikut akhirnya dia berhari raya seorang...pergilah cari kawan2 sekolah awak  tu.... ada yang berjaya dengan jayanya...ada yang jadi bussinessman, yang dah dapat "Dato'. 'Datin" yang dah jadi atok dengan nenek pun ada....tapi yang paling best dalam ramai2 kawan dia aku suka pergi rumah kawan dia ni...tauke kedai kraftangan buat craf ayat2 suci Al-Quran dan tauke karpet... kita orang pergi rumah dia balik dapat buah tangan dari dia sebingkai frame ayat seribu dinar..kira oklah tu siapa nak bagikan? Kalau dapat pun masa kita nak pindah (bertukar) ofis atau pun pencen....(aku pencen lambat lagi...


Alamak apa pasallah pulak blog ni tak boleh letak picture ni....eeee geram aku.......baru boleh...apalah network ni......

 Bergambar bersama keluarga masing2.

My hubby & his old friend Mohammad

BREADMAKER

Benda inilah yang cari-cari oleh my hubby  selama ni.  Konon-kononnya tak payah beli roti lagi lepas ni.  Dulu masa benda ni mula-mula keluar harganya memanglah mahal ya..amat (bagi akulah pada masa tu)  Tapi sekarang ni mampulah nak  beli sama ada branded atau pun brand cap ayam aje...

Rupa2nya banyak benda kita boleh buat dengan benda ni.. buat cake,buat dough,buat sweet ban,buat jam dan macam-macam lagi....setakat ni aku dah buat dough piza,donut dan roti aje...yang lain2 tu aku tak cuba lagi.  Masa beli benda ni dia dah bagi siap2 resepi so kita ikut aje...tapi taklah sedap mana... Jadi untuk menyedapkan tekak kita orang ni yang hightest ni...my hubby download cara2 membuat roti menggunakan breadmaker ni... so first time buat jadi...mesti ikut betul2 sukatan  yang dia bagi..jgn gatal2 nak tambah air ke,susu ke..nanti roti jadi bantat..sebab aku dah cuba banyak kali...apa yang penting  'TEPUNG' roti itu sendiri..tak boleh pakai tepung gandum biasa( tak tahulah kalau ada yang cuba buat jadi kot pakai tepung biasa) sebab bila aku pakai tepung gandum biasa dia tak naik.  Paling2 busuk pun pakai tepun Allpurpose flour....

Anak2 aku tak berapa suka roti yang aku buat katanya tak sedap....tak macam roti gardinea...jadi aku kena tanya orang yg kerja kilang roti gardinea ....apa pun anak2 aku makan juga bila roti kat rumah. tak ada ..padan muka dia orang....

Alamak...gambar tak dapat upload sebab pandrive tertinggal kat rumahlah pulak...esok aku upload ok..

Friday, October 8, 2010

BERTUNANG LAGI.....

Hari Raya ni seorang lagi sepupu aku bertunang...dalam kesibukan beraya ...sempat jugak paksu aku mencuri waktu untuk tunangkan anak dia... kira oklah tu... benda baikkan... Ini anak perempuan sulong paksu aku 
AMY SURAYA... umur dia kalau tak silap dah 25 kot...aku pun tak tahu sangat..... eloklah tunang pun tak lama bulan 2 tahun depan dah nak kahwin ... so SELAMAT BERTUNANG untuk dia.,...





Thursday, October 7, 2010

ATOK.....

Sempena hari lebaran ni...rumah sanak saudara dan rakan taulan selalu dikunjungi... kali ini selepas beraya di kampung my hubby... aku dah lama tak menjenguk atok aku yang kini tinggal dengan  pak su aku di Shah Alam.  Macamlah jauh sangat...tapi kesibukan masa ,kerja dengan uruskan anak2 membuat kita tidak mempunyai masa untuk menjenguk dia.   Jadi sempena hari raya nilah masa2 yang terluang untuk menjenguk dia....itu pun  aku pergi dah hari raya ke lima..


Ini gambar atok semasa aku menziarahi dia hari raya yang lalu..dia nampak sihat walaupun dah uzur.  sebulan puasa tak tinggal alhamdulillah... semoga sihat selalu... amin.....