Benda inilah yang cari-cari oleh my hubby selama ni. Konon-kononnya tak payah beli roti lagi lepas ni. Dulu masa benda ni mula-mula keluar harganya memanglah mahal ya..amat (bagi akulah pada masa tu) Tapi sekarang ni mampulah nak beli sama ada branded atau pun brand cap ayam aje...
Rupa2nya banyak benda kita boleh buat dengan benda ni.. buat cake,buat dough,buat sweet ban,buat jam dan macam-macam lagi....setakat ni aku dah buat dough piza,donut dan roti aje...yang lain2 tu aku tak cuba lagi. Masa beli benda ni dia dah bagi siap2 resepi so kita ikut aje...tapi taklah sedap mana... Jadi untuk menyedapkan tekak kita orang ni yang hightest ni...my hubby download cara2 membuat roti menggunakan breadmaker ni... so first time buat jadi...mesti ikut betul2 sukatan yang dia bagi..jgn gatal2 nak tambah air ke,susu ke..nanti roti jadi bantat..sebab aku dah cuba banyak kali...apa yang penting 'TEPUNG' roti itu sendiri..tak boleh pakai tepung gandum biasa( tak tahulah kalau ada yang cuba buat jadi kot pakai tepung biasa) sebab bila aku pakai tepung gandum biasa dia tak naik. Paling2 busuk pun pakai tepun Allpurpose flour....
Anak2 aku tak berapa suka roti yang aku buat katanya tak sedap....tak macam roti gardinea...jadi aku kena tanya orang yg kerja kilang roti gardinea ....apa pun anak2 aku makan juga bila roti kat rumah. tak ada ..padan muka dia orang....
Alamak...gambar tak dapat upload sebab pandrive tertinggal kat rumahlah pulak...esok aku upload ok..
No comments:
Post a Comment