ShoutMix chat widget

Friday, July 16, 2010

AL FATIHAH BUAT ZARA KHADEEJA.....

Al Fatihah  buat Zara Khadeeja anak buah aku yang telah kembali kerahmatullah pada Rabu 14/7/2010.  Kesian dekat adik aku Siti Hajar yang baru saja 3 bulan setengah melahirkan Zara.  Zara meninggal kerana tersedak susu semasa dalam tidurnya.   Kejadian yang tidak di sangka2 oleh semua orang.   Tapi Itulah kenyataanya.  Itu mungkin satu alasan sahaja tapi pada hakikatnya  ALLAH hanya meminjamkan sekejap sahaja untuk adik aku..

Siapa yang tak sedih itu anak perempuan pertama adik aku selepas 3 orang yang lain tu lelaki.  Memang gembira sungguh semasa dia melahirkannya.  Tapi apa nak buat itu ketentuan dariNYa.. Kita kena redha dan pasrah dengan apa yang ditetapkan untuk kita.

AL FATIHAH UNTUK ZARA KHADEEJA.....

Ini gambar adik aku semasa dia mengandungkan Zara.... ceria aje....

No comments:

Post a Comment