ShoutMix chat widget

Thursday, December 2, 2010

INNOVATION & FAMILY FEST-PROTON 2010

Ini masa nak masuk dalam Studium Melawati Shah Alam... kita orang parking jauh..nasib baik ada kereta api ni... kalau tidak jauh nak menapak...

 Jumpa kawan aku... husband sama2 kerja proton... dah lama tak jumpa....

 Shauqee masuk telematch... anak aku ni menang 3 kali... rezeki2.... lepas dah menang... boring nak main dah...telematch dia sampai puku; 3.30 ptg.....

 Si kembar ni di suruh masuk telematch dengan Shauqee tak nak asyik nak mengikut aku ajer.... last2 jumpa mickey ni.... ha...ambik gambar ajerlah .....

 Inilah kereta untuk cabutan bertuah... ada 6 biji kereta... my hubby beriya2 nak tunggu sampai petang, mana tahu dpt kereta ni..  pukul 3.30 ptg hujan dengan lebatnya.... sampai habis nombor di sebut...tak dapat pun...tak der rezeki...

 Inilah kereta innovationnya.... kereta persona,wajah, savy dll di modifit jadi macam2 bentuk kereta.... aku tak snap banyak picture sebab duduk jauh..... asyik nampak kepala orang ajer ...malas aku..... aku rasa ada 15 biji kereta... seronok juga hadiah pertama 12ribu tu.... tapi tahun ni laki aku tak sempat nak masuk sebab masa dia orang sibuk2 kereta ni laki aku pergi China sebulan..

 One of the innovation car...

 This colour nice...green & black.....

Inilah permainan yang digemari oleh kanak2 sekarang....terutama si kembar...tabur sebuk pasir yang color2 dekat kad yang telah dicetak dengan berbagai gambar...kena buka pulak stiker tu dengan pencukil gigi...aku tengok permainan ini bukan anak2 aje yang main mak, bapak pun sama buat benda ni....sampai duduk atas lantai anak aku ni.....

Family fest sabtu lepas... patutlah proton buat kat Stadium Melawati... punyalah ramai ... dah jadi lautan manusia aku tengok... nasib baik cuaca tak panas sangat kalau tidak mahu sampai pukul 1.00 aje aku dah cabut balik....

Wednesday, December 1, 2010

SELAMAT TINGGAL UiTM SHAH ALAM

Inilah my best friend masa kat Zon 16 dulu.... sekarang pun masih best lagi... tak gitu Heada? Dah pindah Uitm Perak pun dia hari ni 1/12/2010.... 6 tahun dengan aku kat Zon 16.... suka duka di Zon 16 ni bersama akhirnya dia dapat PKA tukar kat Zon 8 dan sekarang dapat tukar Perak.... balik kampung gitu.... yahoooo. dapat duduk bawah ketiak mak lagi....

 Jadi semalam dia last daya cuti... kita orang ajak makan2 kat Kenny rogers ajer....tak jauh .. meraikan dia...Allah macam tak boleh jumpa lagilah pulak.... tak pa...tak pa... jauh di mata dekat di hati.....

Ini wajah2 ibu mengandung ...yang hujung dah bersalin dah....

 Ini Norly kawan lama... dulu kat Zon 16 bersama-sama dengan kami kini dia di Zon 3 masih dibawah naungan Ketua Timbalan Bendahari Zon 16....

Last picture.... sedih jugak...tapi buat2 ceria.... semoga Heada sukses di sana....tinggal aku sorang ajer yang tak keluar2... bila pulak  turn aku ni???? Tungguuuuuuu...........

AIR TERJUN LAGI......

Tak habis2 dengan pergi mandi air terjunnya... ini sambungan kisah entrie lepas ,lepas pergi Taman Negeri Panchor...(tak puas hati dengan air terjun) kita orang pergi tempat ni...lebih kurang 5 km dari taman negeri... nama tempat ini Air Puteh...  Sebenarnya dah 2-3 kali pergi tempat ni... airnya di bahagian bawah cetek sahaja sebab itu anak2 aku yg 3 org tu tak nak pergi.....Memandangkan si kembar ni beriya-iya nak mandi jadi my hubby layan aje kehendak kembar ni.... (layanlah sebab kat kampung dia, kalau tak tu tak jugak...)

 Ini di  Bahagian bawah kaki air terjun tu... tempat ini airnya cetek sesuai utk si kembar ni....

 Layan anak2 dia main baling2 baju....


 Siap buka baju lagi...membasuh kononnya....


 Ini di bahagian atas sekali...tempat punca air terjun... tempatnya dalam  tak berani nak bawa kembar ke atas ni....

 Tengok budak 3 orang  tu yang di atas... ada intention nak terjun dari atas tu...sangatlah bahayanya... dekat 1/2 jam duduk atas tu dok bising2 siapa yg nak terjun dulu.. aku yang tengok pun takut jugak nak terjun ..tinggi ....takut kat bawah tu banyak batu... nanti tak pasal2 pulak berdarah kepala....

 Akhirnya si kembar ni berani jugak naik kat atas ni...itu pun laki aku ada kalau tak tak berani dia orang ni....


Akhirnya budak2 ni terjun jugak ...menjerit-jerit macam kena polong...lepas tu naik lagi  ..terjun lagi.... lama2 naik syok pulak dia orang ni....

Lepas ni cadang nak gi Cherating pulak asyik pergi mandi air terjun aje kan. (walaupun aku lebih suka mandi air terjun berbanding dengan laut dan pantai ni).. itu perancangan ajer...belum tentu lagi...

Thursday, November 25, 2010

TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR- KEDAH/PULAU PINANG


 Si kembar ni tak habis2 nak mandi air terjun... jadi masa balik kg hari raya haji hari  tu my hubby bawa dia orang ke tempat ni.....yang 3 lagi anak2 aku tak mahu ikut...boring katnya asyik pergi mandi air terjun ajer....


 Kami pun sebenarnya tak pernah pergi tempat ni.... entah macam mana boleh terjumpa pulak tempat ni...tujuan sebenar bukan tempat ini.........


 Tempatnya oklah untuk budak2.. air datangnya dari air gunung -sungai tempatnya aje diubahsuai macam kolam renang...tapi aku tak ada keinginan nak mandi langsung.....walaupun si kembar beriya2 benar nak mandi.


 Ini rest house dia kot .... kalau ada yang teringin nak menginap ker atau bermalam di sini...tak tahu berapa kos dia semalam....



 Tengok ajelah yer...tak mandi pun....


 Di pintu hadapan Taman Reakrasi


 Ini Surau dia cantik tu....


Kita orang keluar dari Taman ni pergi cari air terjun lain pulak.....tempat ni tak best bagi aku...

ULU YAM, SUNGAI TUA , SELANGOR DARUL EHSAN

 Bersama anak aku Anees

 Si kembar memang  suka main air

 Anak dengan bapak tengah cari batu sungai nak letak dalam akarium kat rumah


 Pantang aku nak bergambar ada aje yang menyelit.....

 Kesejukan ....yg berdiri tu dah biru2 bibirnya....


Memang suka sangat berendam dalam air ni.....

Our family pergi masa cuti Deepavali.... orang ramai... jugak...nak cari tempat ni sesat barat...salah jalan maklumlah tak pernah pergi... telefon kawan2 sampai 2-3 orang nak minta petunjuk.... akhirnya tanya kat adik di petrol pam Petronas....dah jumpa.... dah mandi2 2 jam ajer ...sebab tak tahan airnya teramatlah sejuk... ikut hati aku tak nak balik lagi tapi cuaca macam nak hujan ajer..... si kembar memang tak nak balik...si kakak sibuk ajak balik tak tahan sejuk..... Jadi aku janji dengan si kembar nanti kita datang lagi....
so pergi sekejap ajer.....jadilah....

Monday, November 8, 2010

MY BIG BOSS DAH BERSARA

Akhirnya my big boss  dah bersara... Selamat Bersara Boss. TUAN HAJI MARUAN.   Walaupun aku rasa dia tak boleh terima yang dia akan bersara akhirnya..  Kami warga jajahannya zon 16,zon 3 dan zon 23 nak buat farewell untuk dia tapi dia tak mahu dan cakap tak akan datang kalau kita orang buat jamuan untuk dia.  Mula2 bagus jugakkan tapi difikir2 kan balik kesian pulak... Jadi kami semua buat keputusan  buat jugalah, datang tak datang dia punya pasal janji kami dah raikan dia walaupun tanpa dia.... Akhirnya dia  memang tak datang pun..sampai akhir majlis.....

Kami buat keputusan jemput bekas2 warga zon 16 datang untuk raikan kami sahaja sebab makan banyak nanti siapa pulak yg nak makan banyak2 tu...itu pun ada juga yang tak datang..

Menu Kali ini nasi impit kuah kacang by me...nasi beriyani,

tripfel,air longan with gula melaka,sandwich

Bekas zon 16, kak lela and Hayazi

Fazilah, Fatimah & Kak Lela semuanya telah meninggalkan zon 16 kecuali aku...bila yer nak tukar department ni dah 7 tahun kat sini

Las menu ayam KFC and rojak buah....

Monday, October 25, 2010

KAWAN SEKOLAH

Ini bukan kawan aku tapi kawan my hubby.  Hari raya tahun ni sibuk mencari kawan2 sekolah dia kat Parit Buntar, kat kampung aje pun...sampai aku tak larat nak ikut akhirnya dia berhari raya seorang...pergilah cari kawan2 sekolah awak  tu.... ada yang berjaya dengan jayanya...ada yang jadi bussinessman, yang dah dapat "Dato'. 'Datin" yang dah jadi atok dengan nenek pun ada....tapi yang paling best dalam ramai2 kawan dia aku suka pergi rumah kawan dia ni...tauke kedai kraftangan buat craf ayat2 suci Al-Quran dan tauke karpet... kita orang pergi rumah dia balik dapat buah tangan dari dia sebingkai frame ayat seribu dinar..kira oklah tu siapa nak bagikan? Kalau dapat pun masa kita nak pindah (bertukar) ofis atau pun pencen....(aku pencen lambat lagi...


Alamak apa pasallah pulak blog ni tak boleh letak picture ni....eeee geram aku.......baru boleh...apalah network ni......

 Bergambar bersama keluarga masing2.

My hubby & his old friend Mohammad