Tak dapat tempat utk family aku ...jadi tumpang2 duduk tempat org...... punya lah ramai...
Dapat sarapan pagi dan makan tengahari terus, KFC utk tengahari... burger KFC tu utk pagi.....teruk betul....
Jam.... tak boleh jalan... tu yg duduk jauh2 tu...anak2 aku dah mucung2....rimas terlalu ramai....
Sedang meniliti kereta inovasi... ini kereta hadiah pertama.....
Cantik...... patut dapat no. 1
Anak bujang aku nak sangat naik benda ni dengan kakak2 dia.... ceh....duduk depan sekali.... berani nampak....
Tu dia..... gugur jantung aku tengok benda ni... siapa2 ada darah tinggi, tekanan darah rendah jantung tidak dibenarkan naik benda ini....
Ini untuk si kembar ler apa lagi..... naik sampai muak ....entah berapa round... sementara tunggu kakak dia naik rolercoster kat sebelah....
Tunggu giliran naik gondola kereta kuda...
Mainan budak2...sampai boring2 Shauqee layan adik dia.... siap ajak balik... membosankan katanya.
Last.... naik rolercoster yg kecik sedikit .... jadilah.... ada lagi mainan yang tak sempat nak naik... dah kepenatan.... dan ada tempat2 permainan yg tutup sementara...malas nak tunggu jadi balik terus. Adeera mengamuk tak nak balik.... aku cakap lain kali pergi lagi.. sebab lautan manusia yang terlalu ramai sampai tak boleh nak jalan. nak mandi pun tak dapat terlalu padat.
Pihak Pengurusan Proton sepatutnya fikir sebelum melaksanakan Family Day yang sentiasa di tunggu oleh pekerja mereka. Dulu staff tak ramai jadi boleh buat sekali sahaja ini staff dah ramai termasuk semua anak syarikat Proton, Proton Holding, Proton Edar satu Malaysia beb... mana tak ramai. My Encik Hubby cakap ramai kawan2 komplen... sampai ada yang fotostat tiket cabutan bertuah... aper cerita. Kalau nak berjimat sangat pun padan-padan patut ler.... Sun Way Lagoon tu tak ler besar mana.... kena buat 2 batch... baru boleh... ini satu tempat tu nak sumbat sampai 40 ribu org.. kalau satu family pukul rata 4-6 org campur denga mak bapak dah dekat 10 orang kalau staff dia 10 ribu orang dah berapa...fikir ler sikit... jangan fikir untung ajer.... fikirlah kebajikan staff...
No comments:
Post a Comment