Haaa... cuti sekolah dah bermula.... maka bermula sesi menghantar anak ke Masjid Negeri Shah Alam... cuti sebulan setengah tu.... nak buat aper yer agaknya???? Dulu masa zaman aku.... duduk rumah ajer tak dapat tengok TV, main games dan macam lagi.... budak sekarang kalau aku tinggalkan kat rumah main games , tengok TV, VCD dari aku pergi kerja sampai petang aku balik kerja tak habis2 lagi. Jadi untuk itu aku isikan hari cuti mereka dengan Daurah . Dapat juga ilmu di sana disamping pengisian makanan hati dan rohani mereka... Nampaknya mereka suka..... walaupun aku rasa ramai sekali peserta kali ini.... Program bermula Isnin 21 November hingga 23 Disember 2011.
Terdapat 3 kumpulan ....kumpulan 1 darjah 1-3, kumpulan 2 darjah 4-6, kumpulan 3 sekolah menengah. Program ni dari darjah 1-tingkatan 5.. tapi anak aku yang 2 orang perempuan tingkatan 2-4 tu tak mahu pergi...tak per dia jadi bibik kat rumah cuti ni.... bibik yang aku kena bayar tau..... tak kisah lah janji buat kerja....
Kali ini pesertanya amat ramai sekali sehingga di bahagi kepada 3 kumpulan ...ini kumpulan si kembar kumpulan 1 (untuk darjah 1,2 & 3)
Di Dewan sesi taklimat bersama ibubapa......
Si kembar ku.......bersedia untuk solat duha....
Dewan Solat di bawah
Solat berjemaah untuk solat dhuha ...
No comments:
Post a Comment