ShoutMix chat widget

Tuesday, September 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY ARISYA

11 September 2010 hari raya kedua hari jadi anak aku yang sulung ARISYA SHABEELA , genap 15 tahun.  Kali ni dia sambut kat kampung ajelah yer sebab hari raya kan..... sambut dengan sepupu dia yang kebetulan birthday dia 12 September 2010... jadi aku beli kek 'screct resipi..  Mula2 tu fikir kat mana nak beli kek screct resipi kat parit buntar ni kan... jadi kebetulan mak su dia balik Penang petang tu aku kirim kat dia.... Mula2 call kata kek tak de....tapi akhirnya dapat jugak.  Itu pun kedai dah nak tutup... ye lah hari raya macam ni mana ada orang sibuk nak birthday kan...

So...this is the cake....

This is the birthday girls....


Kali ni tak ada hadiah sebab harga kek ni dah mahal....so dapat kek ajelah...

SALAM AIDIL FITRI..

SALAM AIDIL  FITRI.... Lama rasanya tak update blog ni kan..tup...tup dah  setengah bulan kita menyambut salam lebaran..... raya tahun meriah buat kami sekeluarga... Tahun ni  Rosnani (adik ipar ) beraya di kampung walaupun dia balik hari raya pertama petangnya.  Macam biasa aku masak rendang ayam, sambal kacang daging dan ketupat.  Kali ni mak mertua buat ketupat palas dengan rendang udang sebab dia tak makan ayam dengan daging....

Kali ni seronok sebab mak su adik ipar yang bongsu dah bergelar isteri so....tambah satu orang ahli keluarga lagi iaitu pak su.... anak2 aku seronok sebab pak cik dia dan pak su dia suka melayan kerena mereka.  kalau main merecun macam orang beperang....

jadi kita layan gambar kat bawah ni ...ini pun aku snap sikit aje....

Tahun ni kami sekeluarga tema hitam silver kecuali si kembar aku bagi color full sikit


Mak su and Pak su



Anak2 abang ipar aku....
Itu aje yang dapat aku snap dalam camera aku ni...yang lain semua dlm camera my hubby...