ShoutMix chat widget

Friday, May 21, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING

Zon 16 buat aktiviti lagi.. kita-kita aje ye....rasa seronok semalam....pergi 8 orang dapat buat 2 kumpulan.
Kumpulan A diketuai oleh Izwan, Dila Liza dan aku sementara kumpulan B diketuai oleh Saiful,sharima,shira dan Wahida.

Aku memang tak pernah main langsung seumur hidup inilah kali pertama aku main bowling...berat rupanya bola bowling ni...Apa-apa pun balingan aku strike 2 kali yang lain tu banyak masuk longkang dari menjatuhkan pin2 yang ada... kira oklah kan....sebab first time main kan....

Aku pun tak pernah tahu macam mana nak pegang bola bowling tu...kawan2 ketawakan aku...tapi memang menyeronokkan...kita orang main satu game aje...sebab kawan2 ada yang nak balik jauh...

Jom kita layan gambar kat bawah ni.


Budak 2 orang inilah yang mengamatkan suasana...


Makcik  ni tak bawak baju sukan jadi pakai aje baju kurung ni.....


Ini sha.....


Saiful..and the group...saiful macam nampak garang aje...




Ini kumpulan B

Dila...inilah balingan bakal pengantin.........



Ini kumpulan A punya kutipan mata...'N' strike 2 kali.....

Ini masa nak balik....

Insya-allah lain kali kita nak pergi lagi...

Tuesday, May 18, 2010

ANAK KU 'INDIA MUSLIM'

Asheela: "Mama... kat kelas sheela ada kawan ...kulit dia macam sheela"

Aku: "Iya.... siapa nama dia".

Asheela: "Nur Shafeera(macam tulah bunyinya...aku pun tak berapa ingat).."

Aku: "Sheela kawan dengan dia ke?"

Asheela : " Kawan....tapi kan...kan... (anak aku yg ini memang suka ulang2 perkataan....macam gagaplah pulak) kulit dia macam Sheela...dia kata dia India Muslim."

Aku : "Oooo.. India mulsim...."
Asheela : " Habis tu Sheela ni INDIA MUSLIM ker mama?"
Aku : " Heiii....tak lah ...sheela Melayu. sebab baba dengan mama orang Melayu .... India
muslim tu dia bangsa India tapi Agama dia Islam "

Asheela: " Oooo... sheela ingat dia tu orang melayu macam kita"
Aku punya tergelak sakanlah tak terhingga... macam mana anak aku boleh terfikir dia tu India Muslim.. Aku rasa dia tak macam kembar dia. yang 2 orang lagi tu kot. Sheela memang hitam sejak dia sekolah pagi petang ni.... ini gambar terbaru dia mari kita tengok macam India Muslim tak?




Friday, May 7, 2010

BAJU NIKAH

Tengahari tadi pergi Jakel Shah Alam dengan kawan2.  Jumpa sepupu aku kat sana sebab dah janji dengan dia jumpa kat situ..Kita orang nak servey baju nikah dia .  Nikah lambat lagi , tapi saja nak servey baju tu untuk buat hantar masa bertunang  July 2010 nanti.   Servey punya servey mak ai 'kepala bana' mahalnya harga baju lace tu rupanya.... tak macam dulu2 masa aku kahwin dulu 16 tahun dulu...masa tu beli kat alinas aje..mana nak sama kan..bak kata pujangga ada rupa ada harga...

Apa pun ini pilihan dia ...mari kita tengok.........

Ini sebenarnya warna gray...tapi nampak macam gold sebab lampu kat jakel ni lampu merah



Ini pilihan pertama...cantik harganya RM600++++

Warna yang ni gray jugak....



Ini pun cantik jugak.....

Ini harganya RM1000++++++

Ini sepasang dengan baju melayu dan samping RM1250.00

Ini pilihan kita orang...cantik memang cantik....tapiiii

Semua cantik belaka....padan dengan harganya...tapi bagi aku tak perlulah sampai beratus-ratus dan beribu -ribu harga untuk sepasang baju...mahal sungguh rasanya.   memang sekali seumur hidup tapi...kita pakai cuma sekali aje... what ever kita fikir2 kan kalau rasa mampu belilah....kalau tak belilah yang semampunya.

Monday, May 3, 2010

'SELAMAT TINGGAL ZON 3'

Jangan terkejut pulak dengan tajuk kat atas tu..saja2 buat gimik...bukan aku pun yang nak tinggalkan zon 16 atau zon 3....tapi kawan aku... Kak Mek... nama dia bukanlah 'Kak Mek" tapi disebabkan dia orang Kelantan kita orang saja panggil 'Kak Mek"....nama dia sedap... 'AZIZAH' .

Kak Mek.. dapat tukar  ke UiTM kampus Selayang...bunyinya macam jauh sangat.  tapi sebenarnya dekat aje dari rumah dia.   10 minit sampai...mungkin kak Mek dah tak larat nak berulang dari Kepong ke Shah Alam kot...tu yang minat tukar tu....apa pun Jumaat is the last day untuk dia di Zon 3 so kita orang buat jamuan untuk dia...makan nasi tomato,sandwich,bubur kacang, paiti, caremal dan macam2 lagi...sampai kekenyangan.

Petang...kak mek belanja kita orang PIZZA HUT and CUP CAKE... Thank you Kak Mek... tengok cup cake cantik... sayang pulak aku nak makan....so kita layan gambar kat bawah ni....

Ini untuk kita orang kat zon 16


Ini untuk Saiful & Izwan...

Separuh lagi dah ke belasah.....

Kenang-kenangan bersama Kak Mek.,,tudung meroon tu dialah orangnya.


Masirah,Kak Mek & Dila

Ini yang kami buat kat ofis..sandwich aje caremal tu Sha...yang buat...



Ini tauke air punch....

Ini menu Utama...nasi tomato