ShoutMix chat widget

Thursday, November 25, 2010

TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR- KEDAH/PULAU PINANG


 Si kembar ni tak habis2 nak mandi air terjun... jadi masa balik kg hari raya haji hari  tu my hubby bawa dia orang ke tempat ni.....yang 3 lagi anak2 aku tak mahu ikut...boring katnya asyik pergi mandi air terjun ajer....


 Kami pun sebenarnya tak pernah pergi tempat ni.... entah macam mana boleh terjumpa pulak tempat ni...tujuan sebenar bukan tempat ini.........


 Tempatnya oklah untuk budak2.. air datangnya dari air gunung -sungai tempatnya aje diubahsuai macam kolam renang...tapi aku tak ada keinginan nak mandi langsung.....walaupun si kembar beriya2 benar nak mandi.


 Ini rest house dia kot .... kalau ada yang teringin nak menginap ker atau bermalam di sini...tak tahu berapa kos dia semalam....



 Tengok ajelah yer...tak mandi pun....


 Di pintu hadapan Taman Reakrasi


 Ini Surau dia cantik tu....


Kita orang keluar dari Taman ni pergi cari air terjun lain pulak.....tempat ni tak best bagi aku...

ULU YAM, SUNGAI TUA , SELANGOR DARUL EHSAN

 Bersama anak aku Anees

 Si kembar memang  suka main air

 Anak dengan bapak tengah cari batu sungai nak letak dalam akarium kat rumah


 Pantang aku nak bergambar ada aje yang menyelit.....

 Kesejukan ....yg berdiri tu dah biru2 bibirnya....


Memang suka sangat berendam dalam air ni.....

Our family pergi masa cuti Deepavali.... orang ramai... jugak...nak cari tempat ni sesat barat...salah jalan maklumlah tak pernah pergi... telefon kawan2 sampai 2-3 orang nak minta petunjuk.... akhirnya tanya kat adik di petrol pam Petronas....dah jumpa.... dah mandi2 2 jam ajer ...sebab tak tahan airnya teramatlah sejuk... ikut hati aku tak nak balik lagi tapi cuaca macam nak hujan ajer..... si kembar memang tak nak balik...si kakak sibuk ajak balik tak tahan sejuk..... Jadi aku janji dengan si kembar nanti kita datang lagi....
so pergi sekejap ajer.....jadilah....

Monday, November 8, 2010

MY BIG BOSS DAH BERSARA

Akhirnya my big boss  dah bersara... Selamat Bersara Boss. TUAN HAJI MARUAN.   Walaupun aku rasa dia tak boleh terima yang dia akan bersara akhirnya..  Kami warga jajahannya zon 16,zon 3 dan zon 23 nak buat farewell untuk dia tapi dia tak mahu dan cakap tak akan datang kalau kita orang buat jamuan untuk dia.  Mula2 bagus jugakkan tapi difikir2 kan balik kesian pulak... Jadi kami semua buat keputusan  buat jugalah, datang tak datang dia punya pasal janji kami dah raikan dia walaupun tanpa dia.... Akhirnya dia  memang tak datang pun..sampai akhir majlis.....

Kami buat keputusan jemput bekas2 warga zon 16 datang untuk raikan kami sahaja sebab makan banyak nanti siapa pulak yg nak makan banyak2 tu...itu pun ada juga yang tak datang..

Menu Kali ini nasi impit kuah kacang by me...nasi beriyani,

tripfel,air longan with gula melaka,sandwich

Bekas zon 16, kak lela and Hayazi

Fazilah, Fatimah & Kak Lela semuanya telah meninggalkan zon 16 kecuali aku...bila yer nak tukar department ni dah 7 tahun kat sini

Las menu ayam KFC and rojak buah....